Semua orang mempunyai kawan kawan mereka yang terbaik dan rapat dengan mereka. kita panggil sebagai kawan baik atau kawan rapat yang melalui susah senang bersama dan berkongsi masalah bersama sama juga. jika seseorang itu tidak mempunyai kawan di sisi mereka, maka tidak lengkap lah kehidupan mereka kerana kita perlukan kawan selain dari keluarga sendiri.
Saya mempunyai tiga orang kawan rapat dan sudah sebati dengan perangai masing masing. kami kenal satu sama lain dari zaman persekolahan lagi. sekarang,walaupun masing masing sedang sibuk mengejar cita cita, kami berempat masih berjumpa dan keluar bersama sama. jika bertemu dengan orang yang tidak mengenali diri kami berempat,mesti mereka akan mengatakan bahawa kami adik beradik tapi yang apsti saya laa yang adik. haha.
Nurul Heliana bt Othman ialah kawan sepermainan saya dari darjah enam lagi. walaupun kami tidak rapat dan bersebelahan kelas, kami kenal antara satu sama lain. bila masuk form1,saya satu kelas dengan nya dan kami mula rapat dengan pulang ke rumah bersama sama. selalu jalan bersama sama untuk pulang ke rumah masing masing. selepas form2,saya pindah sekolah dan form3 saya di sekolah menengah long yunus. disitu saya ramai mengenali kawan kawan baru. Zuraifarah izzaty bt zulkifli dan Siti nur amarlina, saya mula rapat dengan mereka berdua pada form4. saya sekelas dengan amar dan farah pula bersebelahan kelas saya. yana pula berpindah ke sekolah saya pada tahun itu dan kami sekelas sekali lagi dan kami berempat mula membina keakraban. masih segar di ingatan, kami pergi rehat bersama sama, pergi sukan sama sama, gaduh sama sama, pulang ke rumah bersama sama. kami juga pernah menyertai jambori pengakap antarabangsa pada tahun itu juga dan kami makin rapat bila kami menyertai program itu. selepas itu, semua masalah dan cerita di kongsi bersama. begitu rindu dengan zaman persekolahan yang begitu banyak kenangan manis.
saya dan yana masa kami 18tahun. :) muda. sekarang pun okay.
saya dan farah masa raya aidilfitri 2010.
saya bersama farah dan amar di queensbay,penang. yana pun ada jugak. :)
saya bersama yana. tak ingat kat mana. :))
bersama ana dan farah. :))
haha bersama farah. loveyou ya. :)
bersama amar dan yana di rumah amar. :)
Dengan ini, ekah sayang yana , farah dan amar sampai bila bila. nanti kita tengok sape yang kahwin dulu. hee. semoga hubungan kita kekal sampai bila bila. p/s:iloveyou.
No comments:
Post a Comment