Monday, November 28, 2011

three weeks.

selepas raya haji hari tu, aku ke kuala lumpur untuk menjaga nik muhammad akashah iaitu anak sulong kepada kakak aku. aku memang suka menjaga budak budak dan menyayangi mereka sepenuh hati aku. hari pertama aku menjaga nya, seronok juga jaga budak 4 bulan nh. tapi cabaran nya ialah untuk memandi kan nya. aku memang tak berani untuk mandi kan kashah tapi aku beranikan diri aku juga kerana di fikiran aku, aku juga akan melakukan nya suatu hari nanti.


kashah kadang kadang susah nak tido dan meragam tapi aku tak pernah jemu untuk menjaga anak sedara aku sorang nh. budak 4 bulan memang macam tu dan dorang tak boley berkata kata untuk menyatakan sesuatu. dengan menangis, dia dapat meluahkan perasaan nya dan kita tak boley cept marah dan stress dengan semua tu. aku suka menjaga nya kerana kashah cepat belajar sesuatu. sekarang, kashah dah mula meniarap. hee. tinggal sekejap je,meniarap terus dan bila dia dan bosan meniarap, dia menangis supaya orang angkat dia. haha. acik rindu sangat kat kashah. acik minta maaf tak dapat jaga kashah lama lama ya. loveyou budak kecik.  :)


                                   kashah tertido di pangkuan ibunya, farah liyana norazmi.

                                   kashah dah letih meniarap laa, acik. haha. comel kan?


Monday, November 14, 2011

A month.

Sebulan sudah telah berlalu dan begitu cepat masa berjalan. sebulan sudah aku tidak berjumpa dengan muhammad zafri. Sepanjang cuti ini, memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku dan dia lalui. Mungkin ini ujian dari Maha Esa. Aku sentiasa cuba melalui saat saat itu dengan sabar dan memahami muhammad zafri. Kadang kadang aku yang memulakan dahulu persengketaan antara kami. :) tetapi biasa lah dalam hubungan pasti ada saat gembira dan sedih. Walaupun banyak rintangan perlu aku lalui, aku masih menyayangi dia.

Muhammad zafri bin zolkapli, telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan cabarn dalam hidup ini. Aku mengaku aku dahulu seorang perempuan yang kasar dan dia telah mengubah cara aku dengan sedikit demi sedikit. Banyak yang aku pelajari untuk aku melalui apa jua keadaan. Sedih, gembira, Dia, muhammad zafri selalu ada bersama diri ini. Walaupun aku pernah melukakan hati nya, dia tetap memaafkan aku dan memberi aku peluang untuk berubah. Aku genbira dapat mengenali seorang lelaki yang telah mengajar aku erti semua ini dan menyayangi aku sepenuh hati serta menerima aku seadanya.

Sem akhir, part 6, muhammad zafri telah menghasilkan final projek nya yang begitu hebat. #janganperasanyab
So,jum kita tengok.  :))

                                       drawing muhammad zafri. :)





                                               sculpture muhammad zafri.




                                                      painting muhammad zafri.  :)


p/s:ialwaysloveyouzafri

                                           from,

                                                             farah afiqah fatin bt norazmi.

Saturday, November 5, 2011

satu semester shikin mazeri.

semester akhir, aku memang tak dapat kolej dan aku mengambil keputusan untuk menyewa bilik di bangunan depan uitm machang itu. walaupun sedikit mahal tetapi ia memberia ku sedikit kegembiraan dan aku berterima kasih kepada noor asikim kerana telah banyaak menolong aku untuk duduk menyewa di situ. thanks ken. i'm really appreciate it.

aku membuka pintu bilik yang aku sewa dengan penuh ingin tahu siapa kah rakan sebilik aku dan aku mendapati seseorang yang telah aku kenali semasa part3 dahulu iaitu shikin mazeri. Kami pernah sekelas dalam subjek bisness communication dan pernah satu level semasa aku duduk di kolej Dato' Onn4 semasa aku part4. Aku masih ingat geng shikin mazeri selalu suka menyakat aku kerana aku kadang kadang tersasul melatah. haha.  (tidak mengaku yang sememang nya melatah). pada mulanya aku takut untuk menegur shikin kerana dia terlalu pendiam semasa aku mula mula duduk bersama nya walaupun kami sebilik. seingat aku, aku lahh yang banyak memualakan bicara. 'mungkin dia tidak biasa lagi dengan aku', itu yang  berlegar di fikiran aku ketika itu.

Lama kelamaan, aku dan shikin mazeri semakin rapat kerana perangai kami sama iaitu banyak cakap dan selalu gelak bila nak keluar ke mana mana. kalau orang tengok, mesti fikir yang kami nh dah tak betul. haha. Aku seorang pendengar yang setia sekiranay dia mempunyai masalah dan dia pun begitu. kami makan sama sama, lepak sama bersama muhammad zafri dan heliana othman, date bersama sama dan melalui saat saat yang sedih bersama sama.

Walaupun hanya satu semester aku rapat dengan shikin mazeri,seolah olah aku sudah terlalu lama mengenali nya. Aku senang untuk mengatakan apa apa dan dia selalu mendengar dan menerima nya. Di saat aku memerlukan shikin, dia selalu ada. Shikin selalu bagi semangat dekat ekah. terima kasih sebab faham dan tahan dengan perangai ekah yang kadang kadang teruk. haha. rindu jugak nak kacau shikin melatah. heee. Sangat merindui saat saat kita menghabiskan masa bersama, gelak sama sama, terperanjat sebab lipas sama sama, buang sampah sama sama, makan nasi set sama sama, teman ekah buat keje dan banyak lagi. terima kasih shikin mazeri. Ada kesempatan dan Izin dari Nya, pasti kita akan bertemu lagi. InsyaAllah.


                                             bersama shikin mazeri di hayaki kota bharu.   :))





                                             bersama shikin mazeri di wakaf che yeh.   :))



"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is" 

loveyou, shikin mazeri. see you next time. always miss you babe.  :)


A friend is a person
to laugh and cry with,
An inspiration,
Someone who lends a helping hand,
though friends may not be forever,
And they may not end up together,
the memories of a true friendship will
last forever.
A friend is not a shadow nor a servant
But someone who hold
a piece of a person in his heart.
Someone who shares a smile,
Someone who brightens up your day
What makes a person a friend?
Is by saying your Love will stay.
 
p/s: iloveyoubabe

Friday, November 4, 2011

sepanjang tiga tahun di UiTM Machang.

Surat tawaran, medical checkup, bayaran yuran dan barang barang untuk ke UiTM Machang telah sudah siap untuk di bawa kesana. Walaupun hanya mengambil masa 45minit untuk samapi ke destinasi, mungkin Machang menjadi sesuatu tempat yang baru untuk aku membiasakan diri. Bermula lah perjalanan kehidupan aku sebagai pelajar UiTM Machang dalam Diploma Pengajian Perniagaan pada 26hb disember 2008 di mana aku mendaftar diri di kolej Dato' Onn 4. Hati terasa tidak sabar untuk meneruskan perjalanan kehidupan aku di UiTM.

Minggu Mesra Siswa selama 4 hari memberi aku sesuatu kenanagan di mana aku mengenali ramai rakan rakan baru dan membiasakan diri dengan tempat yang aku akan menghabiskan masa untuk belajar dan mencapai kejayaan. Kawan persekolahan aku dan sebagai kawan rapat aku, Zuraifarah Izzaty telah masuk ke UiTM Machang pada pengambilan bulan 6 dan dia lah yang banyak menolong aku semasa di Machang. Kami pulang dan datang ke UiTM bersama sama menaiki skuter biru nya tidak kira panas atau hujan ribut kerana tujuan kami adalah satu iaitu untuk sampai ke Machang dengan selamat. Terima kasih farah sebab memberi kenangan yang manis untuk ekah ingat. :) Tidak kira susah atau senang selama di Machang, farah selalu di sisi ekah. love you babe.

DBM1C ialah kelas aku untuk part1. Di situ lah aku mengenali ramai kawan kawan seperti izzati baharuddin, norizuana, reza, nawwal, kak syaznie, amir, liana keropok lekor, azmira, mira mache, hanisah, bell, syeeda dan lain lain lagi. Banyak kenangan manis aku bersama mereka selama aku menimba ilmu di UiTM. Susah senang sama sama dan bila kelas tengah dalam proses pelajaran,kelas aku senyap je sebab masing masing memberi tumpuan yang sepenuh nya. itu lahh kelas kami. hee.

Selepas part3 iaitu part 4, kelas budak business batch aku jadi dua kelas je. Di situ aku mengenali yasmin ayuni, noor asikim masuk kelas kami pada part2 lagi, nadhirah yusreen, mijie, faiz, edlin, eqa, fatin syuhada, fatnin dan ramai lagi. kelas kami makin ceria kerana walaupun ramai yang baru tapi kami semua menyesuaikan diri masing masing dalam masa yang singkat. hee. Pada part5 pula, kami satu kelas pergi trip eco mal dan investment. haha. memang banyak kenangan manis dan pahit semasa trip dan sebelum trip kami diluluskan. begitu banyak cerita dan gugaan yang kami lalui tapi bila di ingat kembali, kelakar jugak. hee. Hanya kelas kami sahaja apa cerita di sebalik dua trip yang telah kami pergi dan ia meninggalkan sedikit sebanyak memori.


Pada semester akhir, begitu banyak juga kenangan yang dapat simpan kerana di situ lahh aku lebih mengenali mereka semua.  Aku mengambil subjek transportation juga akhirnya selepas membuat keputusan bersama noor asikim dan yasmin ayuni dimana sebelum itu kami membuat keputusan untuk mengambil subjek international business dan aku masih ingat yang kami bertiga bergesa gesa ke library uitm untuk menukar subjek kami. Bila di kenang, banyak sudah masa aku habis kan bersma mereka mereka yang hanya aku kenal selama tiga tahun dan selama tiga tahun itulahh aku mengerti apa erti kawan dan sahabat yang sebenar. Ramai yang sudah menolong aku semasa aku belajar di UiTM dan menjadi cikgu aku dan mereka ialah kak syaznie, reza, nawwal, ken, yasmin, amir, edlin, nadhirah yusreen, izzati yang sudi mengajar aku walaupun aku kadang kadang lembap jugak dan aku juga berjaya samapi aku mengahabiskan study aku di sana. Saya, farah afiqah fatin berterima kasih kepada korang semua yang banyak menolong aku semasa kita semua di UiTM dan aku menyayangi kamu semua sebagai kawan seperjuangan aku.

Disini juga aku ingin memohon maaf sekira nya selama kita semua mengenali antara satu sama lain di UiTM Machang dalam masa tiga tahun ini. Aku mendoakan kejayaan kamu semua dan semoga berjaya mencapai cita cita yang telah kita idamkan selama ini. InsyaAllah kita semua akan bertemu lagi jika ada yang ingin membuat reunion. Terima kasih untuk segalanya.  :))

semasa kita part1. dapat no1 dapat untuk sketsa. haha~
trip ke cameron semasa part 5 untuk subjek eco mal.  :))

trip ke kuala lumpur untuk subjek transport masa part6. bestt. haha~

 bersama yasmin ayuni di AKM 2011.  :)

dinner pra grade kita.  :)) semua hebat. haha.

bersama siti nurafiqah, norizuana, fatin shuhada dan wan fatnin sebelum berangakat ke hotel renaissance.

bersama noor asikim di cameron highland. hee.  :))




terima kasih. semua ini pasti akan aku ingat sampai bila bila.  :))






  








Thursday, November 3, 2011

bila hati menjadi satu.

hey,amek laa num fone ekah,joe. tak payah malu malu. aku ingat lagi kata kata kawan farah semasa aku dan farah lepak bersama fizrah ghazali dan hanan hatta. aku hanya mengenali muhammad zafri bin zolkapli dengan nama panggilan nya iaitu joe semasa kami dalam minggu mesra siswa. Pada penghujung minggu mesra siswa, muhammas zafri di kantoi kan kerana dia menyambut hari jadi pada bulan disember bersama beberapa pelajar yang turut menyambut hari jadi pada bulan tersebut. Kata kata muhammad zafri yang selalu aku ingat sampai sekarang, 'mai jauh dari kedah' dan dari situ aku kenal diri nya sebagai joe mai jauh dari kedah.


Kami mengenali diri masing masing semasa lepak bersama kawan kawan farah pada part2 dan pada part3,kami mula rapat sebagai kawan di laman muka buku. Kami selalu borak melalui IM dan selalu kongsi cerita. Bila berjumpa di UiTM Machang, kami hanya tersenyum sesama sendiri dan aku selalu menegur nya. Pada part4,kami putus contact dan berhenti IM. Masing masing sibuk dengan study masing masing kot.

Semasa cuti sem selepas part4, kami mula rapat dengan IM di facebook. hee. Entah kenapa kami mula rapat dan berkongsi masalah masing masing. Kebetulan, ketika itu muhammad zafri mendapat freecall dari celcom kerana hari jadi nya. Kami mula rapat dengan astik bergayut dan sms. Bila masuk awal part5, aku rapat dengan nya dan dia selalu lepak di rumah sewa aku. Dia pernah membawa aku keluar ke Tanah Merah untuk aku membeli barang rumah sewa. Pada hari kami keluar, dia memberi aku rantai yang mempunyai loket bernama 'gjoe' dalam bahasa cina.

Selepas itu, aku dapat rasa sesuatu dalam hati aku. Aku tak pasti itu adalah sesuatu yang betul atau tidak. Muhammad zafri bin zolkapli memikat aku dengan memberi aku Kinder Bueno dan hati aku cair sedikit demi sedikit. Aku memang gila coklat dan dia memahami aku. Sikap nya yang selalu  mendengar masalah aku, memberi nasihat, membuat lawak yang boleh membuat aku ketawa, mengambil berat bila aku jatuh sakit dan tak pernah merungut bila aku selalu sakit.

"Love is not what the mind thinks, but what the heart feels." Pada 29hb Januari 2011, Muhammad zafri bin zolkapli menyatakan hasrat kepada ku dan aku menerimanya seadanya. Lebih baik kita menerima seseorang yang menyayangi kita kerana mereka menyayangi kita sepenuh hati. Aku perlahan lahan menyayangi Muhammad zafri dan kini hati sudah menjadi satu dengan nya. Terima kasih Muhammad Zafri Bin Zolkapli kerana menerima saya seadanya. Iloveyoumuhammadzafribinzolkaplitilltheend.  Tak lama lagi, kita akan cukup setahun dan InsyaAllah jika ada jodoh,kita akan disatukan dengan Izin Nya. Amin.


Thanks for loving me,b.
Let the world stop turning,
Let the sun stop burning,
Let them tell me love's not worth going through.
If it all falls apart,
I will know deep in my heart,
The only dream that mattered had come true
...In this life I was loved by you. 
lepak di sigai depan uitm machang.  :)


                                                lepak di Hayaki kota bharu.  :))



Dinner pra grade di Hotel Renaissance.  :))

zafri yang lukis. terima kasih.  :))

Wednesday, November 2, 2011

ilovemygirlfriends

Semua orang mempunyai kawan kawan mereka yang terbaik dan rapat dengan mereka. kita panggil sebagai kawan baik atau kawan rapat yang melalui susah senang bersama dan berkongsi masalah bersama sama juga. jika seseorang itu tidak mempunyai kawan di sisi mereka, maka tidak lengkap lah kehidupan mereka kerana kita perlukan kawan selain dari keluarga sendiri.

Saya mempunyai tiga orang kawan rapat dan sudah sebati dengan perangai masing masing. kami kenal satu sama lain dari zaman persekolahan lagi. sekarang,walaupun masing masing sedang sibuk mengejar cita cita, kami berempat masih berjumpa dan keluar bersama sama. jika bertemu dengan orang yang tidak mengenali diri kami berempat,mesti mereka akan mengatakan bahawa kami adik beradik tapi yang apsti saya laa yang adik. haha.

Nurul Heliana bt Othman ialah kawan sepermainan saya dari darjah enam lagi. walaupun kami tidak rapat dan bersebelahan kelas, kami kenal antara satu sama lain. bila masuk form1,saya satu kelas dengan nya dan kami mula rapat dengan pulang ke rumah bersama sama. selalu jalan bersama sama untuk pulang ke rumah masing masing. selepas form2,saya pindah sekolah dan form3 saya di sekolah menengah long yunus. disitu saya ramai mengenali kawan kawan baru. Zuraifarah izzaty bt zulkifli dan Siti nur amarlina, saya mula rapat dengan mereka berdua pada form4. saya sekelas dengan amar dan farah pula bersebelahan kelas saya. yana pula berpindah ke sekolah saya pada tahun itu dan kami sekelas sekali lagi dan kami berempat mula membina keakraban. masih segar di ingatan, kami pergi rehat bersama sama, pergi sukan sama sama, gaduh sama sama, pulang ke rumah bersama sama. kami juga pernah menyertai jambori pengakap antarabangsa pada tahun itu juga dan kami makin rapat bila kami menyertai program itu. selepas itu, semua masalah dan cerita di kongsi bersama. begitu rindu dengan zaman persekolahan yang begitu banyak kenangan manis.

                                       saya dan yana masa kami 18tahun.  :) muda. sekarang pun okay.


                                                   saya dan farah masa raya aidilfitri 2010.

                              saya bersama farah dan amar di queensbay,penang. yana pun ada jugak.  :)

                                                       saya bersama yana. tak ingat kat mana.  :))

                                                              bersama ana dan farah.  :))


                                             haha bersama farah. loveyou ya.  :)


                                                       bersama amar dan yana di rumah amar.  :)



Dengan ini, ekah sayang yana , farah dan amar sampai bila bila. nanti kita tengok sape yang kahwin dulu. hee. semoga hubungan kita kekal sampai bila bila. p/s:iloveyou.

dua buah hati saya.

i love both of them. muhammad yusof arsyad dan kashah. arsyad adalah anak sedara aku yang pertama. aku pernah menjadi babysitter. hee. menjaga arsyad dari dia kecik sampai laa dia boley bercakap. terlalu rindukan gelak tawa arsyad.  :(( terasa rindu yang begitu membuak buak. lama sudah tidak ku lihat wajah arsyad yang gembira itu. arsyad sangat petah berkata kata macam achik dia lahh. haha. begitu banyak kenangan yang manis bersama arsyad sepanjang aku menjaganya.

Muhammad yusof arsyad bin muhammad khairul faliq.itulahh nama yang diberi oleh abangku kepada anak lelaki kesayangan nya. kami semua begitu menyayangi nya dan sering menghabiskan masa gembira bersama nya. dia sudah pandai membaca pada umur 4 tahun. acad memang pandai laa macam acik. haha. acik rindu sangat sangat kat acad.  :( bila lagi kita boley jumpa ya?


                                                     semasa  acad 3tahun if tak silap laa.

kashah,anak sedara aku yang kedua.dilahirkan pada 19julai 2011 semasa aku trip ke kl anjuran subjek tarnsport aku. sekarang,kashah sudah hampir 3bulan tetapi dah banyak berbunyi. comel pun comel.geram bila tengok hidung kashah. hee. bila boley jadi babysitter kashah ya.? aku sekarang menunggu kepulangan farah liyana,kakak ku dan suaminya,nik fazrol yang akan pulang ke rumah untuk menyambut aidiladha pada 6nov ini. tak sabar rasa nya nak bermain bersama kashah si hidung tinggi. heee.

                                                      kashah sudah 3 bulan. comel.  :))

itu sahaja kisah anak anak sedara saya. sorry laa if kisah ini hanya ringkas sahaja. tak cukup idea nak menulis panjang panjang. semoga kita akan melalui hari hari seterus nya dengan hati yang tenang dan gembira. lupakan masa lalu jika ingin tenang melalui hari esok. lepaskan lahh. mungkin Allah SWT akan melindungi kita dan memberi kita petunjuk untuk menjalani hari hari kemudian. Amin.   :))