Saturday, October 8, 2011
terus BERDOA.
sudah habis rupanya final exam untuk sem akhir ini pada 9hb oct 2011.aku sangat gembira tidak terkira sebab cuti panjang selama 4 bulan menanti aku. perut terasa lapar kerana tidak makan dari pagi tadi lagi selepas exam tadi. aku sekarang tengah mengemas barang bersama shikin mazeri. aku terasa berat untukm meninggalkan uitm untuk sem akhir ini. banyak kenangan manis dan pahit aku di sini. kadang kadang,tidak mahu yang pahit itu terjadi tetapi apakan daya. aku hanya seorang hamba Nya. semua telah tertulis oleh Allah Swt. aku bukan ingin berceloteh terlalu panjang tetapi ingin menyatakan sedikit isi hati aku sepanjang di uitm ini. aku belajar di Uitm sebagai seorang pelajar pengurusan perniagaan. sepanjang perjalanan aku di uitm machang ini,sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan dan pengajaran. aku mempunyai kawan kawan di sekeliling aku. aku tidak pernah memilih untuk berkawan. itu adalah prinsip aku kerana siapa lah aku untuk memlilih mereka untuk menjadi rakan seperjuangan disini. aku cuba mengecapi kejayaan secara perlahan lahan. aku tahu aku kadang lemah dalam mengira dan terlalu minat untuk membaca. tetapi aku selalu mengingatkan diri aku bahawa ramai yang telah banyak berkorban untuk aku belajar disini. aku menghargai jasa ibu ku yang tersayang dan aku ingin mengecapi kejayaan untuk nya. memberi sinar kegembiraan yang dahulu sangat susah untuk aku memilikinya. aku hanya insan biasa yang terus berusaha untuk mencapai impian yang tidak pernah aku capai selama ini. aku menanti setiap sinar kejayaan itu dengan terus berusaha dan berdoa. aku akan terus berusaha. dan terus BERDOA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment