Thursday, September 29, 2011

mahu jadi budak AD celup lagi malam ini.

paper research methodology aku lambat lagi. seingat aku 9hb oktober nie paper aku yang last sekali untuk sem akhir nie. suka jugak gap lama lama nie. hee. aku ingin menolong muhammad zafri membuat kerja nya malam nie. syok jugak dalam buat kerja budak AD. haha. aku x start study lagi untuk paper rm. maybe besok baru aku start jenguk jenguk buku rm aku tue. hee. kepada sesiapa yang ada paper besok,good luck lahh ya. kawan sepermainan aku,nurul heliana othman yang menyambung ijazah nya di uitm machang ini sudah pulang ke kampung halaman nya di Bachok pada petang tadi. seronok sungguh dapat balik setiap minggu sekarang ya. hee. dulu, dah 3tahun menjadi perantau di Uitm Kedah. sekarang,ada peluang balik setiap hujung minggu memang tidak akan di lepaskan. betul x, nurul heliana othman?hee. nanti lepas habis paper nie,aku pulak yang bercuti selama empat bulan. mahu kerja kah atau menggoyangkan kaki sahaja di rumah. kita tengok lahh nanti ya. ok semua. sentiasa lahh senyum dan selamat semua dalam apa yang korang cuba lakukan. p/s: i love you.

Wednesday, September 28, 2011

selamat pagi pada 29 sept 2011.

selamat pagi semua. akhirnya siap satu kerja muhammad zafri untuk hari ini. mata dah xboley bukak dah katanya. tapi masih kuat kan diri untuk menghabiskan kerja nya. kawan kawan nya juga begitu. bertungkus lumus untuk menyiapkan final projek mereka. dengar kata diploma show untuk budak fine art 6hb oktober ini. hee. selamat berusaha semua. :)) p/s: i love you.

sudah dua hari menjadi budak art & design celup. haha. ((:

aku sudah dua hari menemani muhammad zafri membuat final projek sem akhir nie. susah juga kerja kerja dorang. siapa kata jadi budak art & design senang je? aku dah lama paham macam mana kerja kerja budak AD sebab kawan sepermainan aku juga salah seorang budak AD di uitm machang. sekarang, dia,zuraifarah izzaty zulkifli sudah melanjutkan pelajaran nya ke uitm seri iskandar,perak. semalam dan malam ini aku menolong muhammad zafri membuat kerja printmaking. best jugak buat kerja dorang nie. haha. mahu jadi budak AD kena kuat fizikal dan mental. aku seorang budak business study pun boley memahami mereka. terima kasih, Ya Allah sebab berpeluang mengenali mereka semua terutama sekali muhammad zafri. alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.  :)

sem akhir di uitm machang. :)

banyak yang terjadi sepanjang sem akhir di machang. terlalu banyak ujian dan cabaran. melalui semua ini dengan hati yang terbuka. banyak menghabiskan masa dengan rakan sekelas yang banyak membantu dalam projek selling, ent300, research methodology.  sem nh banyak mengajar aku siapa kawan dan siapa musuh. tetapi kawan sejati memang sukar dicari seperti zaman persekolahan dahulu. susah kita nak mencari kawan tetapi musuh memang senang dicari. siapa yang suka diri di musuhi dengan seseorang? bila kita senang,ramai yang merapati kita. bila kita susah,ditinggalkan kita seorang diri. sem akhir ini aku banyak mengenali kawan kawan yang memahami aku. aku sangat bersyukur kerana mereka sangat memahami.  :)