Tuesday, January 17, 2012

Mencuba sesuatu yang baru

Aku sekarang menghabiskan masa bersama kek, cup cake dan muffin. itu semua kawan kawan aku sementara aku bercuti. Mungkin semua ini akan berterusan dan berterusan. Aku memang berminat dengna semua ini kerana bagi aku, aku gembira melihat orang gembira menikmati apa yang aku masak dan buat. Itu adalah kepuasan bagi diri sendiri. Sinngah laa di page MuffyLicious kat fb. Loveyou. :)




by,

Friday, January 6, 2012

sebulan lagi.

Lagi sebulan lebih sahaja yang tinggal sebelum aku melanjutkan pelajaran aku ke peringkat yang lebih atas. InsyaAllah aku akan mendapat kos yang aku mintak. Sementara menunggu keputusan degree keluar, aku menghabiskan masa aku dirumah dan membuat lesen kereta. Fobia aku yang selama ini aku sangat takut untuk membawa kereta sudah hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulilah kerana Allah SWT sentiasa bersama aku walaupun aku bukan seorang yang kuat tetapi aku cuba untuk menjadi lebih kuat. InsyaAllah. Sekarang, aku menunggu lesen L dan selepas itu aku akan melalui latihan kereta selama 8jam. Aku berharap aku akan cepat belajar macam orang lain. hee.

Bila di rumah, aku banyak menghabiskan masa dengan memasak kek dan kadang kadang menghabiskan masa dengan menonton tv. hee. nak keluar, malas sebab ramai kawan kawan aku tidak bercuti seperti aku. Sudah lama aku bercuti, terasa ingin belajar kembali. Rindu untuk membaca, menulis dan berkongsi ilmu dengan kawan kawan yang baru. Kehidupan aku yang baru akan bermula tak lama lagi sebagai pelajar ijazah. Kadang kadang takut juga kerana ada segelintir mengatakan susah juga belajar di peringkat ijazah dan bagi aku, itu satu cabaran dan aku akan melalui nya dengan sabar. InsyaAllah aku akan mencapai kejayaan di peringkat itu. Doakan kejayaan saya. Keluarga, rakan rakan banyak memberi sokongan sepanjang aku belajar di peringkat diploma dulu dan ia akan sama seperti di peringkat ijazah nanti. Aku akan hadiahkan mereka sebuah kejayaan jika di Izinkan oleh Nya. iloveyou,mybigfamily.  :)