i love both of them. muhammad yusof arsyad dan kashah. arsyad adalah anak sedara aku yang pertama. aku pernah menjadi babysitter. hee. menjaga arsyad dari dia kecik sampai laa dia boley bercakap. terlalu rindukan gelak tawa arsyad. :(( terasa rindu yang begitu membuak buak. lama sudah tidak ku lihat wajah arsyad yang gembira itu. arsyad sangat petah berkata kata macam achik dia lahh. haha. begitu banyak kenangan yang manis bersama arsyad sepanjang aku menjaganya.
Muhammad yusof arsyad bin muhammad khairul faliq.itulahh nama yang diberi oleh abangku kepada anak lelaki kesayangan nya. kami semua begitu menyayangi nya dan sering menghabiskan masa gembira bersama nya. dia sudah pandai membaca pada umur 4 tahun. acad memang pandai laa macam acik. haha. acik rindu sangat sangat kat acad. :( bila lagi kita boley jumpa ya?
semasa acad 3tahun if tak silap laa.
kashah,anak sedara aku yang kedua.dilahirkan pada 19julai 2011 semasa aku trip ke kl anjuran subjek tarnsport aku. sekarang,kashah sudah hampir 3bulan tetapi dah banyak berbunyi. comel pun comel.geram bila tengok hidung kashah. hee. bila boley jadi babysitter kashah ya.? aku sekarang menunggu kepulangan farah liyana,kakak ku dan suaminya,nik fazrol yang akan pulang ke rumah untuk menyambut aidiladha pada 6nov ini. tak sabar rasa nya nak bermain bersama kashah si hidung tinggi. heee.
kashah sudah 3 bulan. comel. :))
itu sahaja kisah anak anak sedara saya. sorry laa if kisah ini hanya ringkas sahaja. tak cukup idea nak menulis panjang panjang. semoga kita akan melalui hari hari seterus nya dengan hati yang tenang dan gembira. lupakan masa lalu jika ingin tenang melalui hari esok. lepaskan lahh. mungkin Allah SWT akan melindungi kita dan memberi kita petunjuk untuk menjalani hari hari kemudian. Amin. :))
Wednesday, November 2, 2011
Saturday, October 8, 2011
terus BERDOA.
sudah habis rupanya final exam untuk sem akhir ini pada 9hb oct 2011.aku sangat gembira tidak terkira sebab cuti panjang selama 4 bulan menanti aku. perut terasa lapar kerana tidak makan dari pagi tadi lagi selepas exam tadi. aku sekarang tengah mengemas barang bersama shikin mazeri. aku terasa berat untukm meninggalkan uitm untuk sem akhir ini. banyak kenangan manis dan pahit aku di sini. kadang kadang,tidak mahu yang pahit itu terjadi tetapi apakan daya. aku hanya seorang hamba Nya. semua telah tertulis oleh Allah Swt. aku bukan ingin berceloteh terlalu panjang tetapi ingin menyatakan sedikit isi hati aku sepanjang di uitm ini. aku belajar di Uitm sebagai seorang pelajar pengurusan perniagaan. sepanjang perjalanan aku di uitm machang ini,sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan dan pengajaran. aku mempunyai kawan kawan di sekeliling aku. aku tidak pernah memilih untuk berkawan. itu adalah prinsip aku kerana siapa lah aku untuk memlilih mereka untuk menjadi rakan seperjuangan disini. aku cuba mengecapi kejayaan secara perlahan lahan. aku tahu aku kadang lemah dalam mengira dan terlalu minat untuk membaca. tetapi aku selalu mengingatkan diri aku bahawa ramai yang telah banyak berkorban untuk aku belajar disini. aku menghargai jasa ibu ku yang tersayang dan aku ingin mengecapi kejayaan untuk nya. memberi sinar kegembiraan yang dahulu sangat susah untuk aku memilikinya. aku hanya insan biasa yang terus berusaha untuk mencapai impian yang tidak pernah aku capai selama ini. aku menanti setiap sinar kejayaan itu dengan terus berusaha dan berdoa. aku akan terus berusaha. dan terus BERDOA.
jangan pernah mengganggap diri kita sempurna
aku tahu siapa aku dan bagaimana diri aku. aku bukan sempurna. begitu juga dengan orang lain. semua melakukan kesilapan masing masing.
aku tidak suka orang yang suka orang yang suka menjaga tepi kain orang setiap hari. macam tidak ada keje lain pula untuk dialukan. aku tidak pernah peduli dengan hal mereka mereka. perlukah menjaga tepi kain mereka? bukan itu cara aku. memang aku bukan seorang yang baik tetapi cuba menjadi seorang yang baik.
pedulikan apa orang berkata kata di belakang.hanya tuhan akan membalas. aku kadang kadang tidak mampu untuk berbicara. hanya mampu melihat apa yang terjadi dan aku bukan seseorang yang cepat mengambil hati dengan kelakuan sesiapa. bagi aku,semua itu tidak penting,asalkan mereka ikhlas berkawan dengan kita. aku tidak memilih untuk berkawan tetapi ramai yang memilih untuk berkawan. jangan terlalu bermegah megah dengan apa yang kita ada. bagi aku,semua itu hanya sementara. hanya SEMENTARA.
aku tidak suka orang yang suka orang yang suka menjaga tepi kain orang setiap hari. macam tidak ada keje lain pula untuk dialukan. aku tidak pernah peduli dengan hal mereka mereka. perlukah menjaga tepi kain mereka? bukan itu cara aku. memang aku bukan seorang yang baik tetapi cuba menjadi seorang yang baik.
pedulikan apa orang berkata kata di belakang.hanya tuhan akan membalas. aku kadang kadang tidak mampu untuk berbicara. hanya mampu melihat apa yang terjadi dan aku bukan seseorang yang cepat mengambil hati dengan kelakuan sesiapa. bagi aku,semua itu tidak penting,asalkan mereka ikhlas berkawan dengan kita. aku tidak memilih untuk berkawan tetapi ramai yang memilih untuk berkawan. jangan terlalu bermegah megah dengan apa yang kita ada. bagi aku,semua itu hanya sementara. hanya SEMENTARA.
Thursday, September 29, 2011
mahu jadi budak AD celup lagi malam ini.
paper research methodology aku lambat lagi. seingat aku 9hb oktober nie paper aku yang last sekali untuk sem akhir nie. suka jugak gap lama lama nie. hee. aku ingin menolong muhammad zafri membuat kerja nya malam nie. syok jugak dalam buat kerja budak AD. haha. aku x start study lagi untuk paper rm. maybe besok baru aku start jenguk jenguk buku rm aku tue. hee. kepada sesiapa yang ada paper besok,good luck lahh ya. kawan sepermainan aku,nurul heliana othman yang menyambung ijazah nya di uitm machang ini sudah pulang ke kampung halaman nya di Bachok pada petang tadi. seronok sungguh dapat balik setiap minggu sekarang ya. hee. dulu, dah 3tahun menjadi perantau di Uitm Kedah. sekarang,ada peluang balik setiap hujung minggu memang tidak akan di lepaskan. betul x, nurul heliana othman?hee. nanti lepas habis paper nie,aku pulak yang bercuti selama empat bulan. mahu kerja kah atau menggoyangkan kaki sahaja di rumah. kita tengok lahh nanti ya. ok semua. sentiasa lahh senyum dan selamat semua dalam apa yang korang cuba lakukan. p/s: i love you.
Wednesday, September 28, 2011
selamat pagi pada 29 sept 2011.
selamat pagi semua. akhirnya siap satu kerja muhammad zafri untuk hari ini. mata dah xboley bukak dah katanya. tapi masih kuat kan diri untuk menghabiskan kerja nya. kawan kawan nya juga begitu. bertungkus lumus untuk menyiapkan final projek mereka. dengar kata diploma show untuk budak fine art 6hb oktober ini. hee. selamat berusaha semua. :)) p/s: i love you.
sudah dua hari menjadi budak art & design celup. haha. ((:
aku sudah dua hari menemani muhammad zafri membuat final projek sem akhir nie. susah juga kerja kerja dorang. siapa kata jadi budak art & design senang je? aku dah lama paham macam mana kerja kerja budak AD sebab kawan sepermainan aku juga salah seorang budak AD di uitm machang. sekarang, dia,zuraifarah izzaty zulkifli sudah melanjutkan pelajaran nya ke uitm seri iskandar,perak. semalam dan malam ini aku menolong muhammad zafri membuat kerja printmaking. best jugak buat kerja dorang nie. haha. mahu jadi budak AD kena kuat fizikal dan mental. aku seorang budak business study pun boley memahami mereka. terima kasih, Ya Allah sebab berpeluang mengenali mereka semua terutama sekali muhammad zafri. alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. :)
sem akhir di uitm machang. :)
banyak yang terjadi sepanjang sem akhir di machang. terlalu banyak ujian dan cabaran. melalui semua ini dengan hati yang terbuka. banyak menghabiskan masa dengan rakan sekelas yang banyak membantu dalam projek selling, ent300, research methodology. sem nh banyak mengajar aku siapa kawan dan siapa musuh. tetapi kawan sejati memang sukar dicari seperti zaman persekolahan dahulu. susah kita nak mencari kawan tetapi musuh memang senang dicari. siapa yang suka diri di musuhi dengan seseorang? bila kita senang,ramai yang merapati kita. bila kita susah,ditinggalkan kita seorang diri. sem akhir ini aku banyak mengenali kawan kawan yang memahami aku. aku sangat bersyukur kerana mereka sangat memahami. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

